TESTIMONI

Masalah Kulit Berair dan Ruam SERTA Ketuat

Sebelum ini saya seisi keluarga mengamalkan produk dari PRM untuk kesihatan. Kebetulan 2 orang adik saya, adik bongsu mempunyai masalah kulit leher dan bahagian lengan berair dan seorang lagi mempunyai ketuat. Boleh dikatakan sakit adik bongsu saya masih juga tidak sembuh walaupun disapukan ubat dari hospital. terlintas difikiran saya , tidak salah kalau saya cuba sapukan madu MASAD GOLD di leher dan lengannya mudah2han sembuh. ALHAMDULILLAH dengan keajaibanNya penyakit adik saya yang berbulan2 tidak sembuh kini sudah sembuh. Begitu juga dengan KETUAT yang ada di jari tangan adik saya yang seorang lagi. ALHAMDULILLAH luruh dan tidak ada lagi.

elly yana
www.madupenyembuh.blogspot.com

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penyakit Tumor Otak

Saya mengidap Penyakit Tumor Otak sejak 24/01/2006. Saya dihantar kepada 2 orang doktor pakar terkemuka di Penang. Saya telah dibedah namun tidak dapat menyelesaikan masalah. Saya menjadi pelupa dan pening sehingga tidak mampu berbuat apa-apa. Hidup saya begitu tertekan sekali.

Derita saya berakhir setelah diperkenalkan MASAD oleh kawan
saya. Setelah menggunakan sebotol MASAD, penyakit lupa dan pening terus hilang. Saya kini kembali ceria dan aktif seperti dulu. Kawan-kawan saya terkejut dengan perubahan saya.

Saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya saya telah kembali sihat. Saya telah berhabisan berbelas ribu ringgit sebelum ini tetapi saya sembuh dengan nilai puluhan ringgit sahaja.


Syed Omar Syed Darus
Butterworth

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penyakit Kencing Manis
Saya mempunyai masalah kencing manis , darah tinggi, kabur mata dan juga mengalami kejang saraf terutamanya pada waktu malam. Saya mengidap kencing manis semenjak 1994 dan ianya menjadi agak kronik pada tahun 1998.Ketika itu , saya perlu mengambil ubat sebanyak 14 biji sehari iaitu 3 biji sebelum sarapan dan 1 biji selepas sarapan .Keadaan kesihatan saya bertambah tidak memuaskan pada tahun 2004 ,saya dikesan mendapat darah tinggi(160 atas dan 98 bawah).

Selepas pulang dari menunaikan haji pada tahun 2006,kandungan gula dalam darah saya meningkat kepada 11.8 dan ianya tidak turun meskipun berpantang dan juga mengambil ubat.Pada ketika itu saya dikesan mempunyai protein dalam air kencing di mana merupakan tanda-tanda awal sakit buah pinggang.

Ketika itu,anak saudara saya iaitu Hashim Ismail(kini telah dianugerahkan Dato" Hashim bin Ismail) merupakan pengasas produk hasil madu dan habbatus sawda dan telah aktif memasarkan produknya di seluruh Malaysia,Brunei dan juga Singapura.Produk yang dihasilkan amat berkesan kepada pengidap kencing manis tetapi saya tidak pernah mencubanya justeru tidak yakin bagaimana sesuatu yang manis seperti madu boleh menyembuhkan penyakit kencing manis.Setelah keadaan kesihatan yang bertambah tidak baik saya akhirnya mencuba juga Madu Sawda keluaran PRM Global Vision sebagai jalan terakhir.

Alhamdulillah ,selepas mengambil MASAD sehari sekali dalam masa 3 minggu,paras gula dalam darah saya telah turun kepada 8 dan seminggu kemudian ia telah menjadi 6 ( normal).Saya juga mengalami kejang urat saraf terutamanya pada sebelah malam dan ini menyebabkan tidur saya terganggu.Saya telah mengamalkan MAHER pada waktu malam dan alhamdulillah saya tidak lagi mengalami kejang urat saraf.

Selain itu, pada Ogos 2006 saya mengalami kabur mata dan doktor sahkan saraf mata saya kembang tetapi semasa pemeriksaan pada 20 September 2007,doktor juga sahkan mata saya sihat(10/10 - tekanan dalam mata dan kekaburan adalah 6/6 bagi mata kedua-dua belah mata kiri dan kanan) "Power cermin mata juga berkurang iaitu dari 250 kepada 200 setelah amal MASAD GOLD sejak April 2007.

Saya juga mengamalkan MASAD CAFE dan ABS sebagai minuman sampingan.Terima kasih kepada PRM Global Vision kerana memasarkan produk yang begitu baik dan bermanfaat.

Sekian Terima Kasih,
PN.RADZIAH ZAKARIA.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SALURAN BUAH PINGGANG YANG TIDAK BERFUNGSI DAN SAKIT URAT.

Empat tahun yang lalu saya mengalami masalah masalah bengkak buah pinggang sebelah kanan, lalu doktor disebuah hospital kerajaan mengesyorkan saya menjalani pembedahan. sebelum itu saya terpaksa membawa beg plastik selama 2 bulan kerana buah pinggang saya telah ditebuk. Disebabkan sudah lama saya membawa beg plastik, akhirnya tiub itu terkeluar lalu doktor mengarahkan saya datang untuk menjalani pembedahan.

Semenjak itu, , apabila saya pulang ke rumah saya tidak dapat menjalani kehidupan seperti biasa kerana badan saya terlalu lemah. Saya tidak dapat mengangkat barang dan membuat kerja-kerja lasak kerana badan terlalu lemah dan selalu demam.

Saya juga telah beriktiar dengan pelbagai cara sama ada perubatan moden atau tradisional. Akhirnya pada bulan MEI 2005 seorang kawan telah datang berjumpa dengan saya dan mengesyorkan kepada saya supaya mengamalkan MASAD dan MAHER. Pada 2 minggu pertama tiada apa-apa perubahan yang berlaku tetapi minggu ke 3 saya mengamalkan MASAD dan MAHER satu sudu setiap pagi semasa perut kosong, saya dapat merasakan keajaiban.

badan saya tidak lagi lemah dan lenguh-lenguh, malahan saya telah dapat mengangkat barang dan membuat kerj-kerja berat seperti biasa. Kini, makan dan minum tidak perlu berpantang seperti selalu. ALHAMDULILLAH ALLAH S.W.T Maha Berkuasa keatas kita hamba-hambanya.

ARINA BINTI AB RAHMAN
Jalan Klinik Lot 119, Kampung Alor Durian,
16250 Wakaf Bharu. Kelantan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penyakit Gout

Saya menghidapi penyakit gout sejak 14 tahun lalu. Pada masa itu sukar bagi saya untuk bergerak seperti orang lain. Setiap bulan saya perlu disuntik sebanyak 3 kali. Kos rawatan di hospital swasta adalah sebanyak RM40 untuk sekali suntikan. Hinggalah pada satu tahap saya tidak dapat berjalan selama 4 bulan dan dibawa oleh isteri ke hospital Klang.

Sekitar awal 2005, saya mula merasakan perubahan pada diri setelah mengamalkan minum masad(7 botol). Kini lebih setahun, saya telah mengamalkan masad sebanyak 13 botol. Alhamdulillah sekarang saya boleh berlari dan melakukan semua aktiviti sukan. Badan juga semakin sihat dan kurus seperti lelaki normal yang lain. Saya tidak perlu berpantang dan disutik lagi. Semua ini keberkatan daripada Allah dan keyakinan yang ada pada diri serta amalan masad yang berterusan.

Hassan Mat Yassin
IC 600513-08-5927
No 6 Jalan 2, Taman Sri Rantau
Teluk Kapas 42100 Rantau Panjang
Klang Selangor

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Penyakit Kecing Manis Dan Darah Tinggi

Saya merupakanpengidap kencing manis dan darah tinggi selama hampir 27 tahun. Pada 23 September 2006 lalu, takdir Allah menentukan segala-galanya bila saya terlibat dalam satu kemalangan jalanraya bersama pemandu saya.


Akibatnya saya mengalami kecederaan yang parah. Tangan dan rusuk kiri saya hampir dipotong kerana tulangnya hancur.
Saya memohon penangguhan pembedahan apabila seorang pengedar PRM Global Vision Sdn Bhd memperkenalkan produk ABS dan Maher. Pada ketika itu menjalani pembedahan, risiko bernanah dikatakan melebihi 50% disebabkan penyakit kencing manis dan komplikasi darah tinggi.
Syukur Alhamdulillah, setelah mengamalkan MAHER dan ABS, kencing manis dan darah tinggi saya telah sembuh sepenuhnya dan saya selamat menjalani pembedahan pada Februari 2007 dan hidup saya kembali normal seperti biasa. AMIN.
Jamaludin Basir

No 96 PT Guntong Semerah
Batu Pahat, Johor

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------